BAB 5: PEMBINAAN
PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
5.1 SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN
NEGARA BANGSA
SEJARAH DI ALAM MELAYU
I.
Secara zahir, Alam Melayu adalah Gugusan pulau-pulau serta Semenanjung Tanah Melayu yang didiami oleh Rumpun Bangsa Melayu semenjak zaman berzaman. Kepulauan ini serta lautan dan selat antaranya juga dikenali sebagai NUSANTARA (Nusa-antara-lautan). Inilah juga tanah air bagi Rumpun Bangsa Melayu yang berkongsi satu baka keturunan (DNA), persamaan adat-resam, satu bahasa dan budaya yang dipegang bersama. Peradaban yang tua inilah yang menjadi teras dan tunggak kepada negara-negara moden di Alam Melayu yang ada sekarang.
PERTALIAN AWAL KEDATANGAN MASYARAKAT CINA KE ALAM MELAYU
Kedatangan awal masyarakat Cina ke Alam Melayu dikatakan bermula sejak awal abad Masihi. Menurut Han Shu (Buku Han vol. 28) karya Ban Gu (32-92), sudah terdapat jalinan maritim antara China, India dan juga SemenanjungTanah Melayu sejak abad pertama. Sementara itu LiangLijimenyatukan (1996), bahawa hubungan antara negeri China denganAlam Melayu telah lama wujud sebelum abad pertama lagi, iaitu pada abad kedua sebelum Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-177 S.M). Catatan buku sejarah China Dinasti Han yang berjudul Hansyu menyatakan jangka masa perjalanan laut peniaga dari China yang merentasi Semenanjung Malaya untuk sampai ke India yang mengambil masa antara dua ke tiga tahun. Dalam catatan buku sejarah Hou Han Syu, ada diungkapkan hubungan secara rasmi yang pertama antara Dinasti Han dengan sebuah kerajaan yang disebut “Ya Diao” (kata Sanskrit “Yavavipa” mungkin di Jawa atau Sumatera) (1995:3558). Selain itu juga, penemuan arkeologi daripada kebanyakan pecahan seramik Dinasti Qin (221 SM-206 SM) dan Dinasti Han (206 SM-220 M) dan dinasti-dinasti berikutnya China di lembah sungai Johor membuktikan bahawa hubungan antara China dan Tanah Melayu telah wujud sejak abad pertama lagi atau lebih awal daripada itu. Menurut rumusan yang dilakukan sekumpulan pengkaji Cina yang diketuai oleh W. P. Groeneveldt pada tahun 1880, hubungan antara China dan Nusantara ini tidak pernah putus. Semasa pemerintahan Empayar Wu (222- 280), rajanya iaitu Shu Quan pernah menghantar dua orang pengutus yang Jurnal Pengajian Umum Bil. 8 118 bernama ZhuYing dan Kang Tai sebagai utusan muhibah ke puluhan empayar dan kerajaan diAsiaTenggara termasuk Tantam (sekitar Kota Bharu Kelantan), Pu Luo Zhong (sekitar Johor) dan Wu Wen di Semenanjung Malaysia (Kong Yuanzhi 2000:58,LiangLiji 1995:3559). O.W. Wolters(1975, The Fall of Srivijaya in Malay History: 20) pernah menganalisis bahawa kesedaran China terhadap kedudukan Asia Tenggara yangmempunyai peranan penting dan termasuk dalam kawasan yangmengiringi lautan Cina di bahagian selatan. Sebagai kuasa yang mementingkan kedudukannya sebagai pusat budaya dan kuasa sedunia, hubungan dengan Asia Tenggara amatlah penting bagi mengekalkan kuasa pentadbiran dan ketenteraannya. Maka timbullah konsep te yang digunakan oleh raja-raja Dinasti Tang sebagai satu prinsip dalam menentukan hubungan China dengan Asia Tenggara atau kawasan yang secara tidak langsung berada di bawah naungan dan perlindungan China. Misalnya Dinasti Tang (618-906) dan Dinasti Song (960-1279)telah mengurniakan kedudukan istimewa kepada pemerintah Srivijaya sebagai wakil perdagangan China di kawasan kepulauan Melayu dan melaluinya dengan India dan Asia Barat (Kobkua Suwannathat ~ Pian 1997: 70). Hubungan kebudayaan antara bangsa Cina dan Melayu semakin berkembang pada zaman Dinasti Shui (581-610 M) dan zaman Dinasti Tang (618-907 M) dengan Empayar Srivijaya. Catatan I Tsing tentang kemakmuran Srivijaya adalah antara bukti jelas hubungan China dan Dunia Melayu. Srivijaya telah berperanan menjadi pelabuhan entreport termasyur dan tempat pertemuan pedagang-pedagang dari Timur dan Barat sementara menunggu pertukaran angin monsun. Kemajuan tamadun dan pengajian agamaBuddha sangat dikagumi oleh I Tsing. Pemimpinnya telah memberi galakan terhadap pengajian agama Buddha. Keadaan ini menjadi faktor penggalak kehadiran sami daripada luar seperti dari negara China untuk belajar dengan guru-guru India. Kesempatan ini diambil oleh I-Tsing untuk mendalami agama Buddha disamping melakukan penyelidikan dan penelitian tentang masyarakat dan tamadun Melayu ketika menetap di Srivijaya. Pada pertengahan abad ke-8, pemerintah Srivijaya turut menghantar beberapa misi keChina, bukan sahaja untuk tujuan ekonomi malahan jauh daripada itu bagi mempamerkan kesungguhannya dalam hubungan diplomatik dengan kuasa besar tersebut. (Keith W. Taylor 1994:173-174). Kerajaan China juga mengharapkan bahawa keadaan yang aman di kawasan jiran tetangganya membolehkan misi-misi diplomatik dan perdagangan antara Asia Tenggara yang berulang alik ke China mendapat manfaat daripada konsep te ini dalam bentuk hubungan semulajadi yang harmoni. China bukan sahaja menjalinkan pertalian dengan Srivijaya bahkan dengan wilayah-wilayah lain di Nusantara seperti Siam, Myanmar, Annam, Melaka,Jawa. Usaha China untuk mewujudkan hubungan serantau yang baik turut diteruskan dengan menghantar ekspedisi armada tentera laut China ke "laut selatan" dan wilayah
CONTOH HUBUNGAN DIPLOMATIK ANTARA KESULTANAN MELAYU MELAKA DENGAN
CHINA
Pada tahun 1403, Maharaja Yung Lo, China telah mengarahkan
Laksamana Yi Ch ‘ing mengetuai satu utusan menemui Raja Melaka, Parameswara.
Hasil dari pertemuan itu maka bermulalah perhubungan perdagangan dan politik
antara China dan Melaka. Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming yang memerintah
dari tahun 1402-1424 merupakan pemerintah yang bijak dan terkenal. Beliau telah
menubuhkan sebuah Angkatan Tentera Laut dan melalui beberapa siri ekspedisi
angkatan itu, China telah berjaya membawa beberapa negara tunduk di bawah
naungannya dan ini menjadikan China sebagai sebuah negara yang berkuasa di
Asia. Di antara bulan Oktober 1402 hingga awal Oktober 1403, Maharaja Yung Lo
telah mengadakan hubungan dengan negeri-negeri di Asia Tenggara seperti Annam,
Champa, Siam, Jawa, Majapahit, Acheh dan India Selatan.
KESAN DARIPADA HUBUNGAN DIPLOMATIK INI
Sejak itu utusan-utusan China sentiasa berulang-alik dan
mengadakan lawatan ke negeri-negeri di Asia Tenggara. Hasil dari laporan
lawatan tersebut, Maharaja Yung Lo mengetahui akan wujudnya Kerajaan Melayu
Melaka. Berikutan itu, pada hari ini dalam tahun 1403, Yin Ch’ing pun dihantar
untuk menemui Parameswara dengan membawa hadiah-hadiah yang mahal seperti emas,
payung dan kain sutera. Parameswara menyambut baik kedatangan utusan China itu
dan meminta supaya Melaka menjadi naungan China. Dengan hubungan persahabatan
antara China dan Melaka ini, terselamatlah Melaka dari serangan Siam.
KEPENTINGAN
Maharaja Yung Lo mengakui Parameswara sebagai pemerintah
Melaka dan Kerajaan Siam diberi amaran supaya jangan mengganggu dan menyerang
Melaka. Melaka telah mendapat banyak faedah hasil dari hubungannya dengan
China. Pada tahun 1409, China telah mengiktiraf Kesultanan Melaka. Pelabuhan
Melaka menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang Islam dari Selatan India
di dalam perjalanan mereka ke Siam dan Acheh.
Setelah menerima perlindungan politik dari Negeri China,
peranan Melaka sebagai ‘entrepot’ menjadi bertambah pesat, disebabkan kehadiran
lebih ramai pedagang asing. Melaka menjadi pusat perdagangan yang utama di Asia
Tenggara. Hubungan antara China dan Melaka telah diteruskan oleh Sultan-sultan
selepas Parameswara.
Apabila Melaka bertambah kuat dan menjadi sebuah Empayar,
hubungan antara China dan Melaka bertukar menjadi hubungan diplomatik. Di zaman
Sultan Mansor Shah, Maharaja China pada masa itu telah menghantar puterinya,
Puteri Hang Li Po ke Melaka, untuk berkahwin dengan baginda. Melaka dan China
teguh menjadi sahabat setia, sehinggalah kedatangan kuasa Barat yang mengubah
segalanya.
PENGARUH BUDAYA INDIA KE ATAS BAHASA DALAM TAMADUN MELAYU
Konsep dan proses pengindiaan pula (indianization) di Asia Tenggara sepertimana istilah yang digunakan oleh George Coedes(The Indianized States of Southeast Asia: 1944), wujud setelah berlakunya perhubungan antara India dan Asia Tenggara. Hasilnya bermulalah zaman protosejarah dalam sejarah peradaban AsiaTenggara, iaitu zaman di mana sumber-sumber sejarah tentang budaya, bahasa dan pandangan semesta masyarakat berdasarkan catatan asing termasuk dari India, Cina, Arab, Parsi dan Greek. Kedudukan ini sama dengan pengaliran budaya yang berlaku antara Cina dan masyarakat Melayu di Asia Tenggara. Proses pengindiaan berlaku di Alam Melayu setelah wujud hubungan awal yang berterusan di antara India dengan Asia Tenggara sejak abad pertama Masihi lagi. Perhubungan ini berlaku secara dua hala yang melibatkan penjelajahan orang India ke kawasanAsia Tenggara dan pengembaraan pelaut Melayu-Polinesia ke India. Kedua-dua bangsa ini sememangnya terkenal dengan pengalaman dan pengetahuan yang luas merentas samudera. Hasil kemajuan dalam teknologi perkapalan menggalakkan mereka untuk berdagang. Jurnal Pengajian Umum Bil. 8 124 Pengaruh India dalam masyarakat dan Tamadun Melayu dapat dilihat dari beberapa aspek. Hubungan India dan Alam Melayu yang agak lama sedikit sebanyak mempengaruhistruktur budaya dan bahasa Melayu. Darisegi bahasa, asimilasi konsep dan idea baru dapat dilihat melalui unsur pinjaman dan penyerapan daripada budaya dan bahasa India terutamanya Sanskrit dan sedikit bahasaTamil ke dalam budaya dan bahasa Melayu.
Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban
KESIMPULAN
Dengan kemampuan yang berbeza-beza dan rasa kebertanggungjawaban antara kerajaan yang menjalinkan hubungan diplomatik telah mewujudkan suatu hubungan yang harmoni dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain, khususnya daripada aspek teras seperti politik, sosiobudaya, ekonomi, dan agama. Kerjasama dalam aspek teras dalam masyarakat Melayu ini telah membantu memantapkan serta mengukuhkan pentadbiran dan pemerintahan sebuah kerajaan di samping.Pembinaan negara dan bangsa amat penting bagi memastikan identiti nasional yang dihasratkan dapat dikecapi. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita perlulah mempunyai asas pendidikan yang kukuh kerana pendidikan ialah pemangkin kepada pembinaan negara dan bangsa terutamanya bagi menyemai semangat kenegaraan yang khusus pada peringkat awal perkembangan pembelajaran dan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi supaya dapat membimbing negara seiring dengan negara yang bertamdun.
RUJUKAN
https://www.google.com/search?q=peradaban+barat&rlz=1C1ONGR_enMY1016MY1016&sxsrf=ALiCzsbI_xYc1eUX1fo89OLN2n46SspCJg:1670389642453&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjZkZm
http://journalarticle.ukm.my/12476/1/jatma-2018-0602-08.pdf
https://pekhabar.com/h-i-d-s-hubungan-cina-melaka/
https://www.lembagaperadabanmelayu.org/
Comments
Post a Comment